Program KEM STEM2017

Category: Uncategorised Published: Wednesday, 27 September 2017 Written by uerl1

PENGENALAN

Selaras dengan Visi dan Misi Makmal Penyelidikan Pendidikan Upsi ( MPPU ) bagi mengerakkan usaha inovasi di dalam bidang penyelidikan , MPPU berhasrat untuk menganjurkan progran Kem STEM2017. Program ini merupakan usaha kerjasama di antara mppu ( SIG STEM ) dan National STEM Movement.

Program KEM STEM2017 turut menyokong agenda kementerian pendidikan malaysia bagi menyebarluas bidang STEM dan memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah.

 

TUJUAN

Mendapatkan pertinbangan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI ) . Pelaksanaan projek KEM STEM2017.

 

OBJEKTIF PROGRAM

-Mewujudkan gelombang kesedaran tentang bidang STEM di kalangan peserta.

-Menyediakan suatu platform bagi aktiviti projek inovasi STEM.

-Mengalakan peserta dalam penglibatan aktiviti STEM secara hands-on.

-Mempromosikan kerjaya di dalam bidang STEM.

-Membolehkan para peserta mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan dapat memberikan maklumm balas berkaitan dengan aktiviti yang akan dilakukan.

-Membolehkan para peserta mendapat pendedahan dengan aspek kebolehtahanan berunding dan mencapai persetujuan.

-Membolehkan para peserta dapat menggunakan kemahiran bukan lisan dengan yang effektif dan komprehensif.

-Membolehkan para peserta membina hubungan baik ,dapat berinteraksi dengan orang lain dan dapat berkerja secara effektif dalam suasana koloborasi sesama peserta.

-Membolehkan para peserta bertanggungjawab terhadap keputusan berkumpulan yang telah dipersetujuai di dalam aktiviti bersama .

-Membolehkan rasa bertanggungjawab kepada rakan ,keluarga dan masyarakat.

 

MESYUARAT PENYELARASAN SIG-STEM BIL.2

Hits: 1494