Objektif Penubuhan UERL

Category: English Published: Friday, 26 May 2017 Written by uerl1

Objektif Penubuhan MPPU

Untuk melaksana dan meningkatkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R &D) di dalam pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi,pentaksiran,inovasi dan kreativiti. 

Niche MPPU

MPPU berfungsi sebagai pusat utama (one –stop centre) di UPSI  dalam   bidang pendidikan khususnya bidang pedagogi, pentaksiran, inovasi serta kreativiti. Pusat ini akan menjalankan fungsi khusus berikut: 

  • Menjadikan UPSI sebagai pusat utama di dalam bidang pendidikan    khususnya bidang pedagogi, pentaksiran dan inovasi serta kreativiti.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang pedagogi,pentaksiran,inovasi dan kreativiti.
  • Membangun dan menghasilkan pelbagai proses dan produk pendidikan,termasuk aplikasi teknologi dalam pendidikan yang berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan  pembelajaran.
  • Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan dengan bidang pedagogi,pentaksiran,inovasi dan kreativiti dalam pendidikan bagi menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
  • Merangsang penyelidikan silang disiplin melalui kolaborasi dan perkongsian kepakaran antara fakulti atau pusat tanggungjawab.
  • Menganjurkan persidangan,seminar dan bengkel di peringkat kebangsaan atau antarabangsa berkaitan bidang pedagogi, pentaksiran dan inovasi serta kreativiti.
  • Membentuk jaringan dengan institusi awam dan swasta serta syarikat –syarikat yang menjalankan inisiatif serta penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan institut.
  • Memperoleh dana penyelidikan dari dalam dan luar Negara untuk membiayai projek penyelidikan yang dianjur oleh IPIP atau bersama dengan pihak lain.
  • Menawarkan kursus akademik dan pembangunan profesional dalam bidang pendidikan.Menjalankan penyelidikan yang memberi impak kepada polisi dan dasar Negara.

  

 

Hits: 51