PRODIGY

Kategori: Uncategorised Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 Ditulis oleh uerl1

PENCAPAIAN PRODIGY SEHINGGA 2017

 

b e r i t a  ~  r i n g k a s  ;)

 

MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MELAWAT PRODIGY

  • 7 September 2017 Menteri Pendidikan Tinggi dan VIP melawat dan mendapatkan penerangan daripada kumpulan Prodigy serta melancarkan buku Intervensi Menangani Permasalahan Buli.

 

ROMBONGAN DARIPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA

  • 6 September 2017 Majlis Belia Malaysia telah datang untuk mewujudkan MOU dengan Prodigy bagi menangani permasalahan belia berisiko.

 MENERIMA KUNJUNGAN DYMM SULTAN PERAK

  • 5 September 2017 Sultan Perak telah berkenan untuk datang melawat Prodigy.  Menjunjung kasih tuanku.

 

MENJADI KEYNOTE SPEAKER DI UPSI

  • Keynote speaker International Seminar UPI, Bandung 29-31 Ogos 2017.

 

 MENJAD KEYNOTE SPEAKER

 

  • 11 Julai 2017 Menjadi tetamu dalam rancangan Landskap di television RTM bersama.

 

MENJADI AHLI PANEL BULI DI RTM

  • 11 Julai 2017 Menjadi tetamu dalam rancangan Landskap di television RTM bersama bekas pelajar yang menjadi pembuli tegar sebelum dirawat dengan Prodigy, saudara Rizan Hassan yang kini adalah Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia. Sila buka Buli Landskap di You Tube jika ingin mendengar isu panas ini atau klik link ini,

          https://www.youtube.com/watch?v=qj-_-g7nLJc

 

MENANGANI PERMASALAHAN BULI DI SBP

 

  • 20 April 2017 Pembentangan  Prodigy di hadapan Pengarah SBP Bagi Menangani Permasalahan Buli di SBP. InsyaAllah program ini akan bermula selepas raya yang melibatkan dua sekolah SBP yang agak serius permasalahan buli ini.

PELAJAR PEMBULI TEGAR BOLEH BERUBAH

  • Saudara Rizan Hassan adalah pelajar yang telah dibentuk melalui Prodigy 25 tahun yang lalu. Kini beliau adalah seorang aktivis yang membantu anak gelandangan dan anak-anak berisiko tinggi melalui Majlis Belia Malaysia di mana beliau sebagai Exco Penerangan. Beliau dulunya adalah pembuli tegar dan pelajar bermasalah ketika di sekolah Vokasional Temerloh di mana ketika itu saya sebagai Kaunselor Pelajar dan Ketua Warden, satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dipadam.

 BERITA PRODIGY DI RUANGAN AKHBAR

  • 16.2.2017  -  Terapapar berita tentang Prodigy yang telah memasuki pasaran ke Indonesiadimana sedang berkaloborasi dengan Universitas Pendidikan Indonesia.  Berita juga melaporkan bahawa kemampuan Prodigy dalam menangani permasalahan disiplin dan akademik di sekolah dan masyarakat.

 

 

 

 PENGGAMBARAN UNTUK SIARAN RTM

  • 16.5.2017 -  Penggambaran bersama team Prodigy untuk rancangan RTM yang bakal diudara selepas hari raya nanti.  Penemuduga dalam rancangannya hanya untuk menemuduga selama 1 jam tetapi berakhir selama 3 jam.  Ini adalah kerana mereka sangat teruja dengan pencapaian Prodigy dan mengambil beberapa siri temuduga yang mengambil masa yang agak lama.  Perasaan kami sangat berpuas hati :).

 

PRODIGY DIPANGGIL KE UNICEF          

 

  • 23 Mac 2017 -  Consultant untuk UNICEF memanggil kami ke UNICEF untuk mengetahui bagaimana kami mengendalikan program untuk remaja Juvana dan ibubapa mereka selama dua tahun.  En. Peter yang mengendalikan kes-kes Juvana seluruh dunia amat berminat untuk mengetahui modul Unconditional Love yang memberi impak besar terhadap peserta kursus.

 

 

BERJAYA MENDAPAT GERAN KE 3 KTP

 Geran KTP ke 3 dan ke 9 keseluruhannya

  • Januari 2017 -  Bermula dengan projek terbaru KTP bagi membantu Warden dan Pelajar Asnaf.  Ini adalah geran ke tiga KTP dan geran ke sembilan keseluruhannya untuk Prodigy. Keep it Up.

 

AKTIVITI PRODIGY DI INDONESIA

 

PRODIGY MEMASUKI PASARAN INDONESIA

 

 Team Prodigy di Indonesia

 

 Pengendalian Workshop Disiplin Siswa Alternatif Prodigy di Jakarta

 

 

 

 

 

Jumlah paparan: 35