PROGRAM MY'TEACHERS TRYSCIENCE FASA 1 & FASA 2

Kategori: Uncategorised Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 Ditulis oleh uerl1

PRAGRAM MY'TEACHERS TRYSCIENCE FASA 2 2017

 

 

PRAGRAM MY'TEACHERS TRYSCIENCE FASA 1 2015 / 2016

 

 

 "TEACHERS TRY SCIENCE" BANTU GURU TARIK MINAT PELAJAR KE BIDANG STEM.

 IPOH: Dalam usaha untuk mencapai 500 graduan di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjelang tahun 2020, Majlis Penyelidikan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (MPPU UPSI) dengan kerjasama IBM Malaysia telah melancarkan projek perintis ‘Teachers Try Science’.

Projek tersebut bertujuan untuk memperkenalkan sumber-sumber pendidikan berasaskan teknologi yang diselaraskan dengan silibus pembelajaran kebangsaan bagi menengah rendah dan direka khas untuk menarik minat pelajar dalam STEM.

Timbalan Pengarah 1 MPPU UPSI, Dr Mohamed Nor Azhari Azman berkata, pelancaran Teachers Try Science ini memfokuskan kepada golongan pengajar.

“Kalau sebelum ini IBM memfokuskan kepada pelajar, tetapi pada kali ini pihak IBM memberi fokus kepada guru-guru kerana kita nak memperkasakan dan memberi idea untuk mereka supaya mereka boleh menghasilkan pelbagai pendekatan.

“Itu adalah harapan IBM dan kami buat alat bantu mengajar ini sebagai bantuan sahaja. Ini hanya untuk mereka mendapatkan idea dan mencari bahan-bahan terpakai,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek tersebut, petang tadi.

Pelancaran projek tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia, Normah Ismail.

Mengulas lanjut, seramai 30 orang guru pakar telah dipilih dari negeri ini untuk mengikuti kursus tersebut selama tiga hari.

“Hari ini, seramai 30 guru pakar dan kemudian mereka akan melatih 300 guru sains yang melibatkan 248 sekolah di Perak.

“Kita memberi fokus kepada pelajar menengah rendah supaya apabila mereka masuk ke tingkatan empat dan lima, keinginan mereka untuk ke aliran sains itu lebih tinggi,”ujarnya.

Mengulas lanjut, pihak IBM telah memberi geran peruntukan sebanyak RM140,000 bagi membolehkan MPPU menjalankan projek tersebut selama enam bulan.

Sementara itu, Pengarah MPPU, Profesor Madya Dr Tan Wee Hoe berkata, Teachers Try Science telah terbukti berkesan di luar negara.

“Projek ini telah pun terbukti berkesan di negara-negara lain seperti di Vietnam, Singapura dan Thailand.

“Di Malaysia ini merupakan kali pertama dan kita buat secara rasmi di Perak dan kita sesuaikan dengan terma-terma di Malaysia.

“Contohnya ada terma-terma di dalam Bahasa Inggeris atau bahan-bahan yang dipakai di luar negara, bila kita gunakan di Malaysia, eksperimen yang sama tetapi kita gunakan cara Malaysia mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,”ujarnya.

Ujarnya lagi, pihak UPSI akan sentiasa memantau dan membantu guru-guru di Perak supaya projek ini berterusan sebelum digunakan di seluruh negara.

 

2 April 2016 ISNIN.( BERITA HARIAN ).

 

 

Jumlah paparan: 17