PENGENALAN

Kategori: Uncategorised Diterbitkan: Rabu, 06 September 2017 Ditulis oleh uerl1

MAKMAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN UPSI

LATAR BELAKANG MAKMAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN UPSI

 

Makmal Penyelidikan Pendidikan UPSI (MPPU) telah ditubuhkan pada bulan Mac 2012 sebagai salah satu entiti dalam pembangunan UPSI yang berfungsi untuk merealisasikan Pelan Strategik Pembangunan UPSI (2012-2015). Sehubungan itu, matlamat MPPU adalah ke arah menjadi sebuah makmal penyelidikan pendidikan yang terkenal dengan nilai tambah (value-added) dalam aspek pengembangan pendidikan dari hasil produk penyelidikan yang berorientasikan futuristik demi pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara. Justeru, MPPU membantu dalam merealisasikan pentransformasian UPSI menjadi sebuah universiti pendidikan terunggul di Asia.

      

MPPU diletakkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang diketuai oleh Pengarah dan tiga Timbalan Pengarah. Tanggungjawab semua ahli MPPU adalah berupaya merancang, melaksana dan menyelaras program serta aktiviti dalam tiga bidang fokus iaitu kreativiti dan inovasi, penilaian dan instrumentasi, pengajaran dan pembelajaran bersama felo penyelidik. MPPU juga menawarkan solusi berkaitan isu pendidikan melalui pakar penyelidik secara kolaborasi dan pengkongsian kepakaran antara ahli akademia, institusi pendidikan dan industri. Di samping itu, MPPU berperanan membentuk jaringan dengan rakan strategik di institusi awam, swasta, syarikat-syarikat dan pertubuhan badan bukan kerajaan yang menjalankan inisiatif terhadap pembangunan pendidikan negara. Tanggungjawab dan peranan tersebut memerlukan MPPU berusaha mendapatkan dana dari mana-mana pihak untuk membiayai program dan aktiviti dalam membangunkan dan menghasilkan pelbagai proses dan produk penyelidikan dalam pendidikan yang memberi impak kepada amalan pendidikan di Malaysia dan pengiktirafan antarabangsa.

Prinsip pengoperasian MPPU adalah berlandaskan visi dan misi yang selaras dengan visi dan misi UPSI. Berikut adalah penyataan visi dan misi MPPU.

 

Jumlah paparan: 78